Rindiani baru saja selesai membantu luqman untuk mengisi borang permohanan ke IPTA. Dia sangat kagum dengan adik kesayangannya itu , walau penat bekerja.Dia tetap mampu memperolehi 9A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia."dah jom balik , kalau duduk kat sini lama-lama nanti mak risau pulak" rindiani mengajak adiknya pulang dari satu-satunya kedai cyber cafe yang ada di kampung padi huma.Lagi seminggu dia akan meneruskan pelajarannya di UKM.Tenang sungguh pemandangan hari itu , tapi hatinya berkocak bersuarakan bimbang dengan kesihatan ibunya yang semakin merosot."Mak... moh kita ke hospital, buat "full medical checkup".Yani memujuk ibunya ,dia merasa berat hati untuk meninggalkan ibunya dengan keadaan begitu."Tak payahlah batuk sikit-sikit jer ni, nanti baiklah" .
sudah jam 1.00 petang , siti masih lagi belum bangun dari tidurnya .Mungkin kerana terlalu kepenatan menyiapkan tugasan yang diberikan Dr. Amra kepadanya.Yani membalas sms ismad yang mengajaknya keluar makan tengahari.Baru hendak melangkah keluar telefon bimbitnya berbunyi." Akak balik cepat , mak sakit tenat".Rindiani merasa dirinya kosong antara percaya dengan tidak, berita kedua yang baru diterimanya tadi membuatkan dia memecah kesunyian dengan sendunya disaat kereta ismad meluncur laju , untuk menghantar rindiani pulang kerumahnya. Semenjak rindiani bersetuju menjadi kekasihnya , dia telah berjanji akan menyanyangi rindiani lebih dari dirinya sendiri.Sebaik mendapat berita ibunya sakit tenat rindiani terus mengejut siti dan menyampaikan khabar kepada ismad yang dia mahu pulang ke kampung pada saat itu juga.
siti memandang skrin telefon sahabatnya, tertera ayat " mak telah meninggal dunia,harap dapat segera pulang-luqman".Siti memujuk sahabatnya yang sedang menahan kesedihan yang baru lahir dalam dirinya."sabarlah yani , allah sayangkan dia" tiada kata-kata yang keluar dari mulut rindiani.Ismad juga diam membisu.Sendunya rindiani semakin kuat .Luqman kelihatan tabah ,dipusara itu dia berdiri, yani sudah tidak sanggup memandang adiknya lagi.Dia tahu luqman orang paling sedih pada saat ini.
Ingatlah wahai Suraini Bt raziah , apabila datang kepada kamu 2 orang malaikat yang serupa dengan kamu iaitu Mungkar dan Nakir, maka janganlah berasa gentar dan takut, janganlah kamu berdukacita dan risau serta janganlah kamu susah-hati dan terkejut.
Ketahuilah wahai Suraini Bt raziah, bahawasanya Mungkar dan Nakir itu hamba Allah Taala, sebagaimana kamu juga hamba Allah Taala. Apabila mereka menyuruh kamu duduk, mereka juga akan menyoal kamu. Mereka berkata:
Siapakah Tuhan kamu?
Siapakah Nabi kamu?
Apakah agama kamu?
Apakah kiblat kamu?
Siapakah saudara kamu?
Apakah pegangan iktikad kamu?
Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?
Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka dengan cermat dan sehabis-habis terang, tepat dan betul. Janganlah berasa gementar, janganlah takut dan janganlah bergopoh-gapah, biarlah tenang dan berhati-hati.
Hendaklah kamu jawab begini:
Allah Taala Tuhanku,
Muhammad nabiku,
Islam agamaku,
kitab suci Al-Quran ikutanku,
Baitullah itu qiblatku, malahan solah lima waktu, puasa di bulan Ramadhan,mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku. Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku,bahkan dari masa hidup hingga aku mati aku mengucap: “La ila ha illallah Muhammaddur rasulullah”.
Wahai Suraini Bt raziah tetapkanlah hatimu, inilah dia suatu dugaan yang paling besar. Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal di dalam alam Barzakh, sehingga sampai satu masa kelak, kamu akan dibangunkan semula untuk berkumpul di Padang Mahsyar.
Insaflah wahai Suraini Bt raziah, bahawa senya mati ini
adalah benar, soalan malaikat Mungkar dan Nakir di dalam kubur ini adalah benar, bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar, berkumpul dan
berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar, dihisab dan dikira segala amalan kamu adalah benar, minum di kolam air nabi adalah benar, ada syurga dan neraka adalah benar.
Bahawa senya hari Kiamat tetap akan adanya, begitu juga Tuhan yang maha berkuasa akan membangkitkan semula orang-orang yang di dalam kubur. Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah dan selamat tinggal kamu disisi Allah Taala.
Semoga Tuhan akan memberi sejahtera kepada kamu. Tuhan jua yang menetapkan hati kamu. Kami sekalian berdoa mudah mudahan Allah Taala menjinakkan hati
kamu yang liar, dan Allah menaruh belas kasihan kepada kamu yang berdagang seorang diri di dalam kubur ini. Mudah-mudahan Tuhan akan memberi keampunan dan memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala amal kebajikan kamu.
Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon kepada Mu supaya tidak disiksa mayat ini dengan kemegahan penghulu kami Muhammad SAW. Subhana rabbika rabbil izati amma ya sifun wassallamu alalmursalinwalhamulillahi rabbil alamin.
Setiap yang bernafas, Pasti akan Mati – “Kullu nafsin zaiqatul maut”.
"Pakcik balik dulu ya man...sabar banyak2" .Pak ali memeluk luqman.baginya luqman sudah seperti anaknya sendiri.Dia kagum dengan semangat anak muda itu yang tak pernah mengeluh dengan kesusahan hidupnya.Sebagai imam di kampung tersebut ,pak ali sering mengadakan kelas-kelas agama , walaupun lewat datang tapi luqman tak pernah tidak hadir kekelasnya , bukan macam anak muda yang lain sibuk berpeleseran kesana-sini termasuklah anak bujangnya mizi.
Sudah sehari suntuk rindiani menangis, kepalanya juga sudah pening kerana sejak dari dia sampai kerumah itu sehinggalah saat ini .Dia belum pun menjamah walau sebutir nasi."kak dahlah jangan nangis lagi , man rasa mak pun tak suka kalau akak terus macam ni" pujuk luqman.Luqman sendiri tidak tahu apakah penyakit ibunya,dia berlari mendapatkan bantuan sebaik saja melihat ibunya sudah terbaring di tikar sembahyang.Petang itu dia pulang awal kerana ingin membawa berita gembira.Dia telah di tawarkan ke pusat matrikulasi Kuala Pilah.Tapi berita gembira itu datang berkembar bersama peristiwa kematian ibunya."Ya allah aku redha andai ini takdirku".
Bersambung...

No comments:
Post a Comment