Monday, September 27, 2010

Sendu dihati rindiani bab 1




Riuh rendah suara didalam dewan tersebut.Kelihatan beberapa orang pelajar sibuk mengusung kertas permohonan kemasukkan ke Universiti kehulu dan kehilir. Tidak terkecuali Rindiani dan Siti yang seawal pagi lagi sudah sampai disitu.


" Rindiani Bt salleh erm....cgpa :4.0 wow Yani…kau dapat 4.0 bestnya,bolehlah mohon jurusan perubatan selepas ni ."Rindiani tergumam dia tak menyangka usahanya selama ini ,berhempas pulas siang dan malam belajar bersama sahabat baiknya itu akan membuatkan dirinya gembira .


"Alhamdulillah…. ".Perlahan ucapan syukur zahir dari bibirnya.


"Siti dapat berapa ?."


“Ala yani….. Siti dapat 3.9 jer." Jelas garis-garis kerisauan terpancar di wajah gadis kecil molek dari batu pahat tu.Kerana berada di salah satu pusat matrikulasi yang terbaik diMalaysia telah membuatnya tertekan untuk bersaing kejurusan perubatan . Telah 3 tahun berturut-turut Matrikulasi Muar mencapai keputusan 98% pelajar mendapat cgpa yang penuh iaitu 4.0 .Tahun ini juga sama.Siti kecewa kerana dia adalah dari golongan 2% yang tercicir dari keputusan itu.


“Tak perlah siti doktor pergigian pun doktor jugakan,bicara yani menenangkan hati sahabat baiknya itu.”


“ hi..hi..hi…betul jugak cakap yani doktor gigi pun doktor gigilah .” Rindiani tersenyum sendiri melihat gelagat sahabat baiknya itu.


********


Hari ini genap dua bulan Rindiani bekerja di Kilang makanan yang terletak di pinggir bandar Ipoh.Setiap kali tiba waktu rehat perkara pertama yang dilakukan ialah pergi ke pejabat berjumpa dengan kakak angkat kesayangannya.Nurul seorang wanita yang berusia dalam lingkungan 20an adalah satu-satunya orang yang menjadi teman Rindiani di situ.


" kak boleh tak yani guna alamat syarikat untuk surat permohonan yani ke IPTA?." Rindiani memandang nurul sambil menanti jawapan yang positif darinya.


“ Boleh adik akak punya pasal semuanya pun boleh. Hantarlah ,nanti akak tolong tengok-tengokkan”.Dia gembira dan sangat terharu dengan segala pengorbanan yang nurul sudah lakukan buat dirinya selama ini. nurul juga bukan orang senang tapi bila saja yani memerlukan , dia sentiasa ada untuk yani .


“ kak hari ni ada surat untuk yani tak .” soalan yani memecah kesunyian saat hampir semua orang keluar mencari makanan mengisi perut yang sudah berkeroncong di tengahhari .


“ Nah ..cepat buka akak pun tahu apa isinya.” Nurul menghulurkan sekeping surat berserta pembuka sampul surat kepada Rindiani.


Dari jauh yani sudah terjerit-jerit memanggil ibunya.”mak …yani dapat mak…mak yani dapat”.Mak su kebinggungan apalah yang tak kena dengan anaknya hari ini.Sampai dimuka pintu rindiani terus memeluk ibunya .


“ mak ada berita baik , cuba baca ni “. Tahniah dengan sukacitanya anda telah diterima masuk ke Universiti Kebangsaan Malaysia ( Jurusan Sarjana Muda Perubatan).


"Alhamdulillah yani …akhirnya cita-cita yani tercapai juga ." Tak de perkataan lagi yang dapat di luahkan , hanya airmata sebagai penganti bicara.


“Yani apa yang dimenungkan” .Sapa mak su saat melihat anaknya langsung tidak menyentuh walau sebutir nasi pun yang disajikan dipinggan darlie pemberian siti jiran sebelah rumahnya.


“Mak macam mana kalau yani sambung belajar nanti.” Rindiani menyuarakan kerisauan dah 3 bulan dia bekerja sebagai operator pengeluaran di sebuah kilang di bandar Ipoh. Jam 5 pagi dia telah bersiap untuk ke tempat kerja usai kerja jam 9 malam , tapi oleh kerana rumahnya yang paling jauh pukul 11.30 mlm baru lah dia sampai kerumah.Walaupun penat dia tak pernah mengeluh kerana sejak ayahnya pergi menyahut seruan ilahi 4 bulan yang lepas hanya dialah tempat untuk keluarganya mengadu nasib.


“Apalah yang akak nak risaukan mankan ada, akak belajar jer betul-betul , lagipun jadi tanggungjawab man sebagai satu-satunya lelaki dalam rumah ni untuk tangung keluarga”


“ha… jangan mengada-ngada nak berhenti sekolah pulak ya” jerkah rindiani kepada satu-satu adiknya yang sangat dia sayangi.


“ Taklah sampai berhenti sekolah , semalam pak majid ada ckp dalam seminggu dua lagi dia nak buka kedai baru kat jalan uda tu , dia ada tanya kalau man nak tolong dia , nanti dia upahlah ikut hari , bolehkan mak”.


“ Buat apa nak kerja man , kan masih sekolah , lagipun kita masih ada lagi tanah sawah yang mak boleh pajakkan , kalau yani dah berhenti pun , mak masih mampu.”


“Mak janganlah jual tanah tu , tu jerlah harta yang kita tinggal selain dari rumah buruk ni , tak per man pergi ke sekolah pagi nanti balik sekolah petang man kerjalah”.” Suka hati manlah…..keluh mak su mengalah dengan kemahuan anak terunanya itu.


Bersambung....

No comments:

Post a Comment