Monday, September 27, 2010

Sendu dihati rindiani bab 2

Hari ini hari pertama rindiani menjejakkan kakinya ke Universiti Kebangsaan Malaysia. Tiada siapa pun yang menghantarnya. Ibunya kurang sihat, luqman pula sudah memulakan perkerjaaannya sebagai pembantu di kedai Pak Majid.Dia tercari-cari kalau ada antara mereka disini yang dia kenali."Yani...yani...rindiani...rindiani bt salleh." Rindiani terdengar namanya dipanggil " eh..siti..kau dapat UKM jugak...subhanaallah allah dengar doa aku yang rindu kepadamu." rindiani gembira melihat teman baiknya siti juga diterima masuk ditempat yang sama."Yani..cuba teka aku dapat kursus apa." siti menduga sahabatnya.Sehelai kertas tawaran dari UKM disuakan kepada yani .Siti Nurhaliza Bt Abu Bakar anda telah ditawarkan tempat di Universiti Kebangsaan Malaysia (Jurusan Sarjana Muda Perubatan)."Alhamdulillah siti...aku pun sama ,bolehlah kita belajar sama-sama lagi eik." Rindiani mengajuk cara percakapan sahabat baiknya tu yang berasal dari johor.

"Huh....teruk betullah..dahlah malam tadi tido lambat, pukul 4 pagi dah kena bangun" keluh siti kepada yani." Alah sabar ajalah namanya pun minggu suaikenal memang macam tulah,kat mana-mana pun sama" yani memujuk sahabatnya."Aina bt mohd, Rindiani Bt salleh...Rindiani bt salleh ....ada ker tak de ni." Suara ismad kedengaraan garang kerana panggilannya tak disambut ." Saya" rindiani terkejut, dia masih pening kerana tak dapat melelapkan mata malam tadi."Hari ni kita akan ada aktiviti senaman pagi,mungkin poco-poco, sekarang saya akan pilih siapa yang akan ketuai senaman ni.Rindiani Bt salleh ,sebagai denda awak lambat menyahut panggilan saya , maka saya nak awak ketuai senaman ini".Rindiani dan siti tersentak,siti tahu benar dengan sifat pemalu sahabatnya itu , muka rindiani sudah merah menahan malu."Rindiani bt salleh ...awak dengar tak saya panggil awak ni ".Dengan langkah yang terpaksa rindiani kedepan .Ada lebih kurang 100 orang pelajar didepannya sekarang.

"Ah...belasah jerlah , kalau aku tak buat nanti lebih teruk aku kena".
Ismad mengerling kearah rindiani, dia terpegun dengan kecantikkan gadis berusia 19 tahun yang berasal dari ipoh ini ."Apapun caranya aku nekad akan jadikan dia permaisuri hatiku" ismad menanam janji untuk dirinya sendiri.Ismad Ghazi bin Datuk abdul Malik pelajar cemerlang fakulti perubatan semester 2001/2002 ,"uikkkk..dashyat betul si singa tu " siti kagum dengan kepandaian ismad yang digelarnya si singa kerana sering marah-marah semasa mengendalikan minggu suai kenal yang telah pun berlalu sebulan yang lepas.

Dah dua bulan rindiani di rantauan orang , hampir setiap hari dia menelefon kedai Pak Majid . Bertanya khabar tentang ibunya dan Luqman nul Haqim adik manjanya yang sekarang harus mengantikan tempatnya untuk memperjuangkan nasib keluarga. Dia risau jugak kerana tahun ini Luqman akan ambil peperiksaan Sijil pelajaran malaysia.Bagaimanalah nanti pelajarannya kalau asyik sibuk bekerja."Man ada baca buku tak , mak macam mana , semua sihat kan" rindiani bertanya khabar tentang keluarganya kepada luqman."Akak jangan bimbang , mak sihat , dia kirim salam,akak belajar jerlah, jangan risau tentang keadaan kami disini, kan saya ada."luqman berusaha menyakinkan kakaknya supaya tidak risaukan keadaan ibu dan dirinya di kampung.

"yani ...betul ker kau tak nak baca surat ni...dah tiga bulan kita duduk sini dan sebanyak 30 pucuk surat kau terima , tapi satu pun kau tak buka , kenapa?."Siti mengomel sendiri.Rindiani tidak mengendahkan pertanyaan sahabatnya.Dia tahu surat itu dari siapa.Dia sudah nekad tidak mahu bercinta saat dia berada di menara gading, Dia mahu bersungguh-sungguh mengejar cita-citanya.

Rindiani ,
nama kau indah ,
wajahmu menawan ,
sudi tak kalau kau menjadi kekasih ku .

Ismad Ghazi Bin Datuk Abdul Malik.

" Ya allah , padanlah kau tak nak baca yani...sengal betullah si singa ni , ini jer dia tulis untuk dapatkan kau .Kalau aku, aku pun tak ingin " siti merungut bagi pihak rindiani ."Kalau aku jadi dia yani , aku bagi lagu yang paling kau suka."

Rindiani

Pernahkah
Aku sakiti hatimu
Ataukah prasangka
Berubahkah cintaku oh kasih
Semuanya tiada ku lakukan
Tapi mengapa engkau
Tak pernah peduli

Mungkinkah
Semua ini terjadi
Padaku yang selalu
Menyayangi dirimu
Setulus hati
Biarlah rela aku menahan
Demi keutuhan cinta
Kita berdua

( korus )
Bungaku (Rindianiku) kekasihku sayang
Jangan pergi dari sisiku
Rindani bunga hati sayang
Maafkanlah kira ku bersalah

Ku harapkan
Sucinya cintamu kepadaku
Ku harapkan
Hatimu hanyalah untukku

Rindiani tersenyum , dia terharu kerana rakannya itu sering menyanyikan lagu kumpulan slam yang sangat dia minati.

Bersambung...

No comments:

Post a Comment