Sudah 24 hari perkara sedih itu berlalu dari hidupnya.Tapi hingga kehari ini , dia masih juga terkenang segala gerak geri ayahnya yang tercinta , yang pergi menemui illahi sebaik saja terkena serangan jantung.Perginya begitu cepat , secepat hembusan angin hitam yang datang dan pergi sesuka hati.
Matanya dipejamkan .Sengaja tapak tangan diletakkan dimukanya , menompang wajah supaya tidak jatuh menyembah bumi.Hembusan angin dirasakan meresap perlahan ke setiap liang-liang roma wajah.Perubahan waktu ,pada senja itu dirasakan begitu indah sekali . Perlahan mentari beredar pergi dari duduknya digantikan sinaran rembulan yang suram menyapa sang alam. Tanpa dia Sedari menitik mutiara dari tubir mata , jatuh membasahi komputer riba yang berada dipangkuan.Semakin lama , titisan mutiara itu semakin laju mengalir merempuh garisan-garisan halus yang berada dipipi .Perasaan sebak mulai menguasai jiwa yang selama ini dirasakan begitu tabah menghadapi segala dugaan yang mendatang.
“ Ya Allah , kau berikanlah keteguhan hati. Dugaan buat yang mampu , yang telah engkau patri dalam kehidupan nipis manusia dimuka bumi ciptaanmu ini.”sayup kata-kata itu terlafaz dihatinya.
Perlahan matanya dibuka.Terkejut dia dengan susuk tubuh seorang lelaki yang telah pun berada disebelah. Sama seperti keadaan asalnya lelaki itu juga merenung ombak yang menghempas pantai diwaktu remang senja.
“ Dah berapa lama abang ada dekat sini ?.” Umaira menyapa Uzai yang masih khusyuk merenung ombak.
“ Adalah dekat satu jam ?.” Uzai mengalihkan pandangannya kewajah Umaira. Mata adiknya itu masih merah dan masih kelihatan sisa-sisa airmata dipipinya.
“ Lamanya , Umai tak sedar pun bila abang datang. Abang balik seorang ke. Kakak tak balik sama ?.”Umairah memusingkan badannya mencari kelibat Siti Zulaika .Isteri kepada Uzai.
“
**********************************************
Jam tepat menunjukkan 7.30 pagi . Selesai membuat sarapan dan menghidangkannya diatas meja .Umai berlalu pergi ke bangsal ditepi pantai binaan arwah ayahnya untuk dia mengulangkaji pelajaran . Sudah sepuluh tahun usia bangsal itu. Masih saja ia tetap berdiri kukuh walaupun berkali-kali dihempas ombak saat air meninggi , sehingga kadangkala menenggelamkannya.Komputer riba mula dibuka. Satu persatu nota biologi didalam bentuk maya diteliti .Nota itu adalah persediaannya untuk mengajar pada hari esok.Cukuplah bercuti selama seminggu untuk menenangkan perasaan .Dia harus bangkit. Yang sudah pergi pahit untuk dikenang lagi. Walau bagaimana payah pun kehidupan harus diteruskan.
“Umai buat apa tu ? Dah sarapan pagi ke belum ?.”
“ Dah mak , tadi Umai dah makan . Makan dengan Uzla ?”
“ Ya ke, Uzla pergi mana ? pagi-pagi lagi dah hilang .Tu tak ada lainlah tu. Tak sudah-sudah pergi berdating ?.Ayah baru je meninggal , cubalah hormati sikit.”
“ Umai dah puas cakap dengan dia . Tapi dia tak dengar .Katanya yang dah pergi jangan dikenang lagi.”
“ Astagfirullahalazim , apa nak jadilah budak seorang ni .” Kuat keluhan yang dilepaskan Azizah . Kesal dengan sikap anak bongsunya yang seolah-olah tak ada belas dan kasihan terhadap dirinya yang baru kehilangan suami .
“ Entahlah mak, Umai dah puas cakap. Lagipun dia bukan budak kecil . Usia dah menginjak dekat 25 tahun , kalau dah ditegur-tegur dan masih tak faham.Susahlah mak. Pecah kepala Umai ni fikir pasal adik tau.” Umairah mengeluh sambil menggelengkan kepalanya .
“ Apa bising-bising ni ?.”
“ Entahlah Long , adik kau si Uzla tu .Semalam dah sibuk pergi berdating .Hari ini berdating lagi apa nak jadi dengan dia ,aku pun tak tahulah.Bukannya reti nak duduk di rumah baca yassin untuk arwah ayah ke atau arwah tuk kau ke.
“ Nanti Long nasihatkan dia ya mak. Mak jangan bimbang . Kalau dia tak pandai nak jaga diri. Susah-susah sangat kita kahwinkan je dia.Kan itu lebih baik .Apa pendapat Umai dengan cadangan Bang Long ni , ok tak.” Uzai memandang wajah Umairah yang sedang sibuk menyelak beberapa helaian kertas jawapan anak muridnya untuk ditanda.
“ Baguslah , Umai sokong sangat.”
Setelah Azizah berlalu pergi dari tempat itu. Uzai mula memancing soalan tentang apa yang berlaku pada Umairah pada petang semalam.
“ Pemandangan kat sini masih tak berubah
“ Abang sebenarnya nak apa . Memuji-muji segala mesti ada maksudnya ni.”
“ Abang ikhlas memuji. Memang Umai lah adik abang yang paling cantik.”
“ Tanya sajalah apa yang abang nak tanya. Tak payah nak sedapkan hati Umai.Abang nak tahu pasal semalamkan.”Uzai hanya diam mengangguk .
“ Kenapa Umai sedih semalam. Umai ingatkan ayah ke ?.”
“ Dulu masa ayah hidup. Umai selalu endah tak endah dengan kehadiran ayah. Tapi sekarang …. entah kenapa , rindu Umai pada ayah semakin hari semakin memuncak .” Sekali lagi airmata Umai turun membasahi pipinya.
“ Umai , jangan sedih. Setahu abang , arwah abah paling sayang kat Umai. Berbanding kami semua , Umailah yang paling banyak berbakti pada arwah abah. Sehinggakan kemana pun dia pergi dia akan bawa Umai sekali dia.”Uzai mengusap perlahan rambut Umairah yang panjang mengurai hingga ke bahu.
“ Umai sedih bang , masih terbayang lagi pandangan terakhir arwah ayah sebelum dia menghembuskan nafas terakhir.Umai rindu sangat pada ayah.”
“ Dik , sesungguh adik ni orang yang paling bertuah kerana orang yang terakhir yang dapat melihat arwah ayah sewaktu dia terakhir celik.Bersyukurlah.”
“ Mungkin Umai terlalu manja dengan ayah dulu . Walaupun hakikatnya Umai dah tua bangkat. Hahahahaha…….”
“ Aik…tadi nangis sekarang ketawa. Dah mereng agaknya adik abang ni.”
“ Abang jom jalan tepi pantai , cari lala ke. Boleh juga buat masak lemak cili padi.”
“ Bagus juga.Nanti sekejab abang panggil kak siti kau.”
“ Amboi , langsung tak boleh nak berenggang.Kemana-mana mesti nak berdua.”
“ Mestilah ,
Bersambung...